salam..hai kwn2!tgh wt pe tu di hujung minggu ni..msti ramai yang dah sibuk berbelanja utk pose mlm ni & sambut ramdhan esok..rasa happy sngt dihati ni bila ramdhan tiba lagi..keberkatan bulan mulia ni amat2 dinanti2kn seluruh umat islam..
PENGERTIAN DAN KEUTAMAAN RAMADHAN
Ramadhan ertinya bulan imtihan
atau bulan ujian. Bulan ramadhan juga disebut bulan puasa kerana pada
bulan ramadhan itu diwajibkan berpuasa sebulan ramadhan. Bulan ramadhan
ialah bulan beribadah, bulan yang disebut dalam al-quran. Allah memilih
bulan ramadhan dari bulan-bulan yang dua belas dan menjadikannya bulan
yang utama. Allah memilih ramadhan untuk melimpahkan nikmat besar-Nya
kepada para hambanya dengan menurunkan Al-quran.
Firman Allah SWT:
Ertinya
: “(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan ramadhan, bulan yang
didalamnya diturunkan sembilan permulaan. Al-quran sebagai petunjuk
bagi manusia dan bermacam-macam keterangan yang merupakan petunjuk,
antara yang benar dan yang batil.” (Al-Baqarah : 185)
KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN
Bulan
ramadhan adalah bulan yang memiliki kesucian dan keistimewaan yang
banyak. di antara keistimewaan- keistimewaan bulan ramadhan ialah :
1- Bulan yang terpilih untuk melakukan ibadah puasa sebagai tanda kesyukuran kepada Allah atas nikmat-Nya. Firman Allah SWT:
Ertinya
: “Wahai orang-orang yang beriman telah difardhukan puasa atas kamu
sebagai mana telah difardhukan atas umat-umat sebelum kamu,
mudah-mudahan kamu (dengan perantaraan puasa itu) memperoleh taqwa.”
(Al-Bakarah : 183)
2- Bulan yang telah dipilih oleh Allah SWT diadakan suatu malan yang sangat tinggi nilainya, iaitu “Malam Lailatul Qadar”
Sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya telah datang kepadamu
bulan ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah elah menfardhukan atas
kamu berpuasa didalamnya. Dibuka didalamnya segala pintu syurga, dikunci
didalamnya segala pintu neraka, dan dibelenggu didalamnya segala
syaitan. Didalamnya ada satu malan yang lebih baik dari seribu bulan
(malam lailatul qadar). Barangsiapa tiada diberikan kebajikan malam itu,
maka sesungguhnya tidak diberikan kebajikan kepadanya.” (Riwayat Ahmad,
An Nasa’I dan Al Baihaqi dan Abu Hurairah)
3- Bulan yang
dipilih untuk sembahyang terawih dimalamnya. Sembahyang terawih adalah
sembahyang sunat yang hanya ada di bulan ramadhan. Sepanjang malam bulan
ramadhan disunatkan mengerjakan sembahyang terawih secara berjemaah.
4-
Bulan yang dipilih untuk kita memperbanyakkan amal ibadah, seperti
membaca al-quran, membanyakkan sedekah, sembahyang sunat dan sebagainya.
5-
Bulan yang berlakunya kemenangan dipihak Rasulullah SAW menawan Kota
Makkah. Disaat itu berakhirlah penyembahan Berhala disisi Kaabah dan
Makkah menjadi suci sebagaimana yang Allah SWT kehendaki.
6-
Berlakunya Nuzul Al-quran pada 17 ramadhan yang disambut setiap tahun
sebagai memperingati kesempurnaan al-quran. Diturunkan kepada Rasulullah
SAW.
7- Dipelihara daripada dosa.
Sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud : “Sembahyang lima waktu, jumaat ke jumaat, ramadhan ke
ramadhan menutupi dosa-dosa yang dilakukan diantara, asal sahaja dijauhi
segala dosa besar.” (Riwayat Muslim dan Abu Hurairah)
8- Dibuka
pintu syurga, ditutup pintu neraka. Syaitan dibelenggu. Sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud, “Pada suatu hari, aku berada disisi Uqbah
bin Farqad sedang dia menceritakan tentang hal ramadhan, maka datanglah
kepada kami seorang lelaki dari sahabat Rasul.
Setelah orang
itu dilihat oleh Uqbah, dia pun merasa takut lalu berdiam diri. Maka
orang itu menceritakan tentang hal ramadhan, katanya: “Saya mendengar
Rasulullah SAW berkata : “Didalam bulan ramadhan dikunci segala pintu
neraka, dibuka segala pintu syurga dan dibelenggu segala syaitan.”
Berkata
Nabi lagi, “Seorang Malaikat berseru, “Wahai segela orang yang
menghendaki kebajikan bergembiralah kamu dan wahai orang yang
menghentikan kejahatan tahanlah diri kamu. “Malaikat terus-menerus
berseru, sehingga habis bulan ramadhan.” Riwayat Ahmad dan Nasa’i
9- Mendapat perhatian, keutamaan dan ganjaran dari Allah SWT;
Sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud : “Rasulullah SAW bersabda, Telah
diberikan kepada umatku dibulan ramadhan lima perkara yang belum pernah
diberikan kepada seseorang nabi sebelumku :
a) Dipermulaan bulan
ramadhan Allah melihat kepada umatku, barangsiapa Allah lihat
kepadanya, nescaya tidak diazabnya selamanya.
b) Bau mulut mereka diwaktu petang hari lebih wangi disisi Allah dari bau kasturi.
c) Para Malaikat memohon ampunan untuk mereka disetiap hari dan malam.
d)
Allah menyuruh kepada syurganya serta berkata kepadanya, “Bersiaplah
kamu dan berhiaslah kamu untuk hamba-hamba- Ku. Mereka hampir
beristirehat dari kepayahan dunia, menuju ke negeri-Ku dan kemuliaan-Ku.
e)
Pada akhir malam bulan ramadhan, Allah mengampuni semua dosa mereka.
Seorang lelaki dari Sahabat bertanya : “Apa itu Lailatul Qadar ya
Rasulullah?” nabi menjawab : “Apakah engkau tidak melihat kepada
pekerja-pekerja yang bekerja. Apabila mereka telah selesai dari
pekerjaan mereka, nescaya disempurnakanlah upah-upah mereka.” (Riwayat
Ahmad, Al Bazzar, Al Baihaqi dari Jabir)
10- Sejarah berlakunya perang Badar Al Qubra. Kemenangan pihak Islam menjadi penentu sejarah kegemilangan Islam.
11-
Sejarah berlakunya penaklukan Kota Makkah oleh Rasulullah dan tamatnya
agama berhala. Bulan yang berlakunya kemenangan dipihak Rasulullah SAW
menawan Kota Makkah. Disaat itu berakhirlah penyembahan berhala disisi
kaabah dan Makkah menjadi suci sebagaimana yang Allah SWT kehendaki.
12-
Setiap solat terawih mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Bulan yang
dipilih untuk solat terawih pada malamnya. Solat terawih adalah
sembahyang sunat yang hanya ada dibulan ramadhan. Sepanjang malam
dibulan ramadhan disunatkan mengerjakan solat terawih secara berjemaah.
13-
Hanya dibulan ini dituntut sebanyak-banyak ibadah berbanding
dibulan-bulan yang lain. Bulan yang dipilih untuk kita membanyakkan amal
ibadah seperti membaca al quran, membanyakkan solat sunat dan
sebagainya. Bulan ini segala doa dan apa-apa yang diminta insyallah
dimakbulkan Tuhan.
14- Para syaitan dirantai atau dibelenggu moga dengan itu maksiat berkurangan.
Pada
malam permulaan ramadhan nabi bersabda : “Pada permulaan malam
ramadhan, para syaitan dan jin yang jahat dibelenggu serta pintu-pintu
neraka dikunci, tidak ada satu pun yang terbuka. Pintu-pintu syurga
dibuka dan tidak ada satu pun yang dikunci. Pada setiap malam ada yang
memanggil : “Hai orang-orang yang mendambakan kebajikan menghadaplah,
dan hai orang-orang yang mendambakan keburukan, menyingkirlah. Allah
pada setiap malamnya akan membahaskan ramai orang dari neraka.”
No comments:
Post a Comment