ASSALAMMUALAIKUM..
hai uolls!! sht tak?cuaca panas mcm ni jaga kesihatan tau..lebih2 lagi br leps musim cuti tahun baru cina..pasti ramai yg bedal limau bnayk2..akhirnya sakit tekak melanda diri..mujurlah aku x pengemar limau..tentu terjebak sakit tekak sekali..hehe..
oklah,kali ni aku nak bercerita tentang kasut sukan.Tetiba terdetik dihati ini nak cerita kisah ni..maklumlah sejak akhir2 ni..suamiku mula berjinak2 nak main badminton..setelah ajakan demi ajakan kawan2 ditambah pula mmpunyai reket baru barulah mmbuak2 perasaan nak badminton ni...
tapi sayangnya tiada kasut yang sesuai nak digunakan utk beraksi..akhirnya hanya pakai selipar saja..huhu.. :P
klu nak tau,salah sebenarnya jika kita tak ambil peduli tentang kasut sukan ni..ia boleh mngalakkan kecederaan kelak..jadi mari kita kongsi sedikit ilmu tentang kasut sukan..nnti bleh beli kasut sukan yang tepat..ye tak??
Panduan pilih kasut sukan
MEMILIH kasut sukan antara saat paling sukar untuk seseorang yang
cerewet. Yang menghairankan, walaupun cerewet, pilihan yang dibuat masih
tidak tepat. Mungkin terlalu banyak pilihan menjadi faktor kekeliruan
itu. Apa pun yang pasti, ia berpunca daripada kecetekan ilmu mengenai
penggunaan kasut mengikut teknologi rekaan.
Ahli biomekanik, bidang ilmu yang mempelajari perubahan posisi tubuh
ketika bergerak ada menjalankan kajian dalam pemilihan kasut dan kajian
itu boleh dijadikan panduan lengkap bagi individu memilih kasut paling
sesuai mengikut ciri tubuh mereka.
Berikut adalah panduan memilih kasut untuk bersenam:
1. Beli kasut baru ketika hari menjelang petang. Jika waktu itu anda
berhajat hendak membeli-belah, gunakan saat akhir sebelum pulang ke
rumah untuk singgah ke kedai kasut kerana otot di kaki waktu itu sedang
mengembang sehingga membentuk keadaan fizikal kaki mirip dengan keadaan
otot yang berkontraksi ketika berolahraga.
2. Sarungkan kedua-dua kasut pada kaki, pastikan keseluruhan kasut tidak
terasa ketat. Berjalan, melompat dan membongkok ketika mencuba kasut
baru bagi menilai sama ada ia boleh memberi keselesaan pada kaki anda.
3. Pilih kasut senaman baru yang tidak 'menggigit' bahagian ibu jari
kaki kerana dengan harga kasut olahraga yang kini kebanyakannya mencecah
ratusan ringgit, ia akan merugikan anda jika tidak dapat dimanfaatkan
sebaiknya.
4. Pilih kasut senaman mengikut kesesuaian jenis olahraga. Jenis kasut
yang menutup permukaan kaki sesuai digunakan untuk sukan jenis aerobik
misalnya badminton dan tenis. Sukan jenis ini boleh mengundang risiko
kecederaan pada jari dan otot pergelangan kaki akibat bebanan yang
bertumpu pada tumit ketika berolahraga.
Jangan lupa, pilih kasut olahraga yang mempunyai kusyen tebal dan ringan
untuk mengurangkan risiko kecederaan. Bagaimanapun, jika anda mencari
kasut yang sesuai digunakan untuk senaman jalan kaki dan joging, kasut
berkusyen tebal digalakkan.
contoh2 kasut sukan :
No comments:
Post a Comment