Friday 27 June 2014

RAMADHAN YA RAMADHAN..

salam..hai kwn2!tgh wt pe tu di hujung minggu ni..msti ramai yang dah sibuk berbelanja utk pose mlm ni & sambut ramdhan esok..rasa happy sngt dihati ni bila ramdhan tiba lagi..keberkatan bulan mulia ni amat2 dinanti2kn seluruh umat islam..







PENGERTIAN DAN KEUTAMAAN RAMADHAN

Ramadhan ertinya bulan imtihan atau bulan ujian. Bulan ramadhan juga disebut bulan puasa kerana pada bulan ramadhan itu diwajibkan berpuasa sebulan ramadhan. Bulan ramadhan ialah bulan beribadah, bulan yang disebut dalam al-quran. Allah memilih bulan ramadhan dari bulan-bulan yang dua belas dan menjadikannya bulan yang utama. Allah memilih ramadhan untuk melimpahkan nikmat besar-Nya kepada para hambanya dengan menurunkan Al-quran.

Firman Allah SWT:
Ertinya : “(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan ramadhan, bulan yang didalamnya diturunkan sembilan permulaan. Al-quran sebagai petunjuk bagi manusia dan bermacam-macam keterangan yang merupakan petunjuk, antara yang benar dan yang batil.” (Al-Baqarah : 185)

KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN

Bulan ramadhan adalah bulan yang memiliki kesucian dan keistimewaan yang banyak. di antara keistimewaan- keistimewaan bulan ramadhan ialah :

1- Bulan yang terpilih untuk melakukan ibadah puasa sebagai tanda kesyukuran kepada Allah atas nikmat-Nya. Firman Allah SWT:
Ertinya : “Wahai orang-orang yang beriman telah difardhukan puasa atas kamu sebagai mana telah difardhukan atas umat-umat sebelum kamu, mudah-mudahan kamu (dengan perantaraan puasa itu) memperoleh taqwa.” (Al-Bakarah : 183)

2- Bulan yang telah dipilih oleh Allah SWT diadakan suatu malan yang sangat tinggi nilainya, iaitu “Malam Lailatul Qadar”
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah elah menfardhukan atas kamu berpuasa didalamnya. Dibuka didalamnya segala pintu syurga, dikunci didalamnya segala pintu neraka, dan dibelenggu didalamnya segala syaitan. Didalamnya ada satu malan yang lebih baik dari seribu bulan (malam lailatul qadar). Barangsiapa tiada diberikan kebajikan malam itu, maka sesungguhnya tidak diberikan kebajikan kepadanya.” (Riwayat Ahmad, An Nasa’I dan Al Baihaqi dan Abu Hurairah)

3- Bulan yang dipilih untuk sembahyang terawih dimalamnya. Sembahyang terawih adalah sembahyang sunat yang hanya ada di bulan ramadhan. Sepanjang malam bulan ramadhan disunatkan mengerjakan sembahyang terawih secara berjemaah.

4- Bulan yang dipilih untuk kita memperbanyakkan amal ibadah, seperti membaca al-quran, membanyakkan sedekah, sembahyang sunat dan sebagainya.

5- Bulan yang berlakunya kemenangan dipihak Rasulullah SAW menawan Kota Makkah. Disaat itu berakhirlah penyembahan Berhala disisi Kaabah dan Makkah menjadi suci sebagaimana yang Allah SWT kehendaki.

6- Berlakunya Nuzul Al-quran pada 17 ramadhan yang disambut setiap tahun sebagai memperingati kesempurnaan al-quran. Diturunkan kepada Rasulullah SAW.

7- Dipelihara daripada dosa.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Sembahyang lima waktu, jumaat ke jumaat, ramadhan ke ramadhan menutupi dosa-dosa yang dilakukan diantara, asal sahaja dijauhi segala dosa besar.” (Riwayat Muslim dan Abu Hurairah)

8- Dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka. Syaitan dibelenggu. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Pada suatu hari, aku berada disisi Uqbah bin Farqad sedang dia menceritakan tentang hal ramadhan, maka datanglah kepada kami seorang lelaki dari sahabat Rasul.

Setelah orang itu dilihat oleh Uqbah, dia pun merasa takut lalu berdiam diri. Maka orang itu menceritakan tentang hal ramadhan, katanya: “Saya mendengar Rasulullah SAW berkata : “Didalam bulan ramadhan dikunci segala pintu neraka, dibuka segala pintu syurga dan dibelenggu segala syaitan.”

Berkata Nabi lagi, “Seorang Malaikat berseru, “Wahai segela orang yang menghendaki kebajikan bergembiralah kamu dan wahai orang yang menghentikan kejahatan tahanlah diri kamu. “Malaikat terus-menerus berseru, sehingga habis bulan ramadhan.” Riwayat Ahmad dan Nasa’i

9- Mendapat perhatian, keutamaan dan ganjaran dari Allah SWT;
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Rasulullah SAW bersabda, Telah diberikan kepada umatku dibulan ramadhan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada seseorang nabi sebelumku :

a) Dipermulaan bulan ramadhan Allah melihat kepada umatku, barangsiapa Allah lihat kepadanya, nescaya tidak diazabnya selamanya.
b) Bau mulut mereka diwaktu petang hari lebih wangi disisi Allah dari bau kasturi.
c) Para Malaikat memohon ampunan untuk mereka disetiap hari dan malam.
d) Allah menyuruh kepada syurganya serta berkata kepadanya, “Bersiaplah kamu dan berhiaslah kamu untuk hamba-hamba- Ku. Mereka hampir beristirehat dari kepayahan dunia, menuju ke negeri-Ku dan kemuliaan-Ku.
e) Pada akhir malam bulan ramadhan, Allah mengampuni semua dosa mereka. Seorang lelaki dari Sahabat bertanya : “Apa itu Lailatul Qadar ya Rasulullah?” nabi menjawab : “Apakah engkau tidak melihat kepada pekerja-pekerja yang bekerja. Apabila mereka telah selesai dari pekerjaan mereka, nescaya disempurnakanlah upah-upah mereka.” (Riwayat Ahmad, Al Bazzar, Al Baihaqi dari Jabir)

10- Sejarah berlakunya perang Badar Al Qubra. Kemenangan pihak Islam menjadi penentu sejarah kegemilangan Islam.

11- Sejarah berlakunya penaklukan Kota Makkah oleh Rasulullah dan tamatnya agama berhala. Bulan yang berlakunya kemenangan dipihak Rasulullah SAW menawan Kota Makkah. Disaat itu berakhirlah penyembahan berhala disisi kaabah dan Makkah menjadi suci sebagaimana yang Allah SWT kehendaki.

12- Setiap solat terawih mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Bulan yang dipilih untuk solat terawih pada malamnya. Solat terawih adalah sembahyang sunat yang hanya ada dibulan ramadhan. Sepanjang malam dibulan ramadhan disunatkan mengerjakan solat terawih secara berjemaah.

13- Hanya dibulan ini dituntut sebanyak-banyak ibadah berbanding dibulan-bulan yang lain. Bulan yang dipilih untuk kita membanyakkan amal ibadah seperti membaca al quran, membanyakkan solat sunat dan sebagainya. Bulan ini segala doa dan apa-apa yang diminta insyallah dimakbulkan Tuhan.

14- Para syaitan dirantai atau dibelenggu moga dengan itu maksiat berkurangan.
Pada malam permulaan ramadhan nabi bersabda : “Pada permulaan malam ramadhan, para syaitan dan jin yang jahat dibelenggu serta pintu-pintu neraka dikunci, tidak ada satu pun yang terbuka. Pintu-pintu syurga dibuka dan tidak ada satu pun yang dikunci. Pada setiap malam ada yang memanggil : “Hai orang-orang yang mendambakan kebajikan menghadaplah, dan hai orang-orang yang mendambakan keburukan, menyingkirlah. Allah pada setiap malamnya akan membahaskan ramai orang dari neraka.”


Banyak kan nikmat bulan ramadhan ni..mari kita sama2 mnghayati bulan penuh barakah ni ;)
AKHIR KATA SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK~~

Thursday 26 June 2014

MAJLIS KONVOKESYEN PICC - PART 2

SALAM..hai2 semua..happy x hari ni..harp semua hppy ye & sht sellu..ari ni aku nak smbung blik entry yg lepas..

Pagi 2/06/2014 jam 6.30pg aku sekeluarga bergerak semula ke PICC & meninggalkan homestay yg kami mnginap..perjalann memakan masa lebih kurang 1 jam utk ke sana..berpandukan GPS GOOGLE MAP perjlnn lancar tanpa halangan..wlupun pagi tu agak mengantuk+ penat utk terus ke destinasi yg dituju..

Sesampai je di perkarangan PICC tepat jam 7.30 pagi ramai kenderaan sesak nak masuk kedlm utk parking..


keadaan pagi tu......SESAK..SABAR MENUNGGU..

Bila dah dapat masuk parking dlm PICC rasa lega sikit wlupn agak mnguji kesabaran..
Nak dijadikan crite, mak & adik perempuan aku je yg dpt masuk dlm depan menyampaian sijil sbb tmpat duduk terhad hnya utk 2 org..Jadi aku & husband terpaksa hanya tunggu diluar & mnyaksikan penyampaian tersebut dlm dewan org ramai...

Sementara tunggu giliran adik aku ambil sijil aku & husband bersiar2 dilm PICC..berposing ikut suka hati..pastu paling best dapat bunga dari husband aku..heheh..jgn jeles..

 amacam ada comel x?huhu..tq my husbnd bg bunga ni..LOVE IT


lepas dah posing,sarapan kiataorg pun masuk semula dewan..tibalah masa adik aku dpt sijil tu..time tu ada 2 org yang mnyampaian sijil pertama menteri sukan KHAIRI JAMALAUDDIN..pastu yag ke dua x tau sapa namanya...huhu..kesian adik aku x dpt berslm dgn khairi coz masa tu dh tukar org kedua..



nampak x ramai org?kerusi x cukup..maka bersantai di lantai dewan smbil ada yg baring..

Pkl 1ptg masa utk rehat seketika lalauan utk makan tghri..mak & adik perempuan aku dh kuar dari dewan..kitaorg cuma sempat mkn yg ada je kat cafe sbb nak mkn pki bufet mahal mak datok!!hanya beralaskan perut pau rendang daging,sandwish & air oren jek..itupun dah cecah RM30..

Acara pnyampaian tu bersurai pada jam4 ptg..pastu mulalah sesi fotografi..itupun kena byr tau..bukan FREE..kami hny ambil pakej family..siap bergambar dlm pkl 6 ptg kitaorg pn pulang ke batu pahat..

**PICTURE KAT BAWAH NI SEMUA HANYA GUNA HP SEMENTARA NAK TUNGGU GILIRAN FOTOSHOOT...









BYE2..SELESAI SUDAH CERITAKU..











Saturday 21 June 2014

MAJLIS KONVOKESYEN PICC - PART 1

SALAM..hai2 semua..hrp sht sjhtera hendaknya..bersua kembali stlh sekian lama mnyepi..mklumlah bila dh ada BABY BUMP ni diri ni terlalu sibuk & penat bukn kepalang..

Meh aku nak cerita sikit tntng pngalaman g PICC PUTRAJAYA pada 1&2 jun2014..SEMPENA MAJLIS KONVO ADIK LELAKI AKU....

Perjalanan dari rumah kau di parit yaani bermula pd pukul 9.00 pg hari ahad dgn menaiki kereta sewa alza...dgn bangga & poyonya bergerak berpandukan GPS WAVE..masuk tol selatan yong peng kami skeluarga (mak,adik prmpuan,adik& husband) dgn girangnya..

Setelah 3 jam perjlnn sampailah di susur masuk tol PUTRAJAYA..sesampai je kitaorg pn bigung kerna laluan masuk putrajaya bnyk bercabang & mnyukarkan haluan sekaligus mnyebbkn GPS kitaorg hilang arah..lalu ambil jlan pintas hny mnggunakan signboard yg ada kat situ..hampir tersasar jugklah..& bnyk kali slah masuk jln..mulalah tny org sana sini.

ADIK & MAK AKU NAK POSING..HAHA..


Dalam perasaan gundah,akhirnya ketemu jgk jln masuk PICC pd pkl 11.40 pg..begitu ramai org yg mnghantar anak masing2 utk dftr msuk..sementara menunggu pendaftaran berlangsung aku & suami keluar cube mncari tempat penginapn utk bermlm di putrajaya..puas cari mencari masih x dpt jgk..semua habis diBOOKING terlebih awl oleh org lain..rupenya klu wktu cuti begini(cuti sekolah semester)pasti penuh..mulah diri ini terasa amat2 STRESSS!!..."mana nak cari lagi ni??".."hampir lebih 20 buah homestay aku call semua kata dh FULL BOOKING."

Setelah terlalu penat memikir..perut pn terasa lapar lalu kiatorg pn cari tmpat mkn di sekitar nya..singghlah kiataorg kat stesen cyberjaya..mknn disn bleh thn mahal gak..nasib aku ambik lauk sikit jek..selesai mkn pergi semula ke PICC dlm pkl 3.30 ptg..habis je pendftrn adik aku pn balik & cube berusaha tanya kwn2 klu ada homestay lagi yang kosong...nasib baik ada satu2nya homestay yg kosong tapi agak jauh di klang..nak tak nak terpaksa terima jgk sbb sudh tiada tmpt lain utk mnginap..

Perjalanan semkin mncabar bila berpandukan arah kereta kawan adik aku utk smpi ke homestay klang..bila tgk jlan bersimpang siur tu aku mula rasa nak muntah..terpksa tahan jugk wlupn mata aku takut melihat banyak kenderaan pandu laju mcm nak terbang..mujur bukn aku yg bawak..1jam1/2 jgk perjlnn nak ke klang.

Sesampai je kat homestay nafas rasa lega wlupn dh hampir senja...sebuah homestay yg sngat selesa mmpunyai 3 bilik,1 ruang tamu,2 bilik air& 1 dapur cukup kelengkapan utk sekeluarga dgn harga berpatutan RM100 semalam..mlm mnejlma perut terasa lapar selepas maghrib kiatorg pergi pasar malam kwsn berhampiran membeli juadah utk dinikmati di homestay..

BERSAMBUNGG.....