Saturday 25 October 2014

SALAM MAAL HIJRAH 1436

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T
apa kaba kawan2 semua..hrp bahgia hedknya selalu.. ;)
hari ni hari yang amat bermakna buat smua umat yg beragama islam..kerana hari ni hari tahun baru hijrah..iaitu 1 MUHARAM...
sapa tau apa pengertian sebenar hijrah??
Mari aku kongsikn serba sedikit mengenainya ....

**Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.
Di Malaysia hari tersebut merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.

Klu korang nak tau,aku berkahwin pada bulan muharam ..& x lama lagi anak yg bakal lahir nnti pn jatuh dlm tahun hijrah jgk.. .
Semoga dgn kelahiran cahayamata kelak memberi sinar harapan baru dlm pnghijrahan tahun islam ini..

Tema tahun hijrah tahun ini ialah PERPADUAN NADI TRANSFORMASI NEGARA...
#PEACE NO WAR




Tuesday 21 October 2014

PERCUBAAN KEDUA-KEK KUKUS PELANGI

salam semua kwn2!tgh wat pe tu..waktu hujan& sejuk2 cm ni mulalh lapar perut memasing kn??
nah aku nak kongsi kat korang KEK KUKUS percubaan kedua membuat kek sendiri..hehe...resepi asal aku ceduk di blog FIZA COOKING..thanks a lot coz sudi kongsi resepi...weee...

dari sudut depan


dari sdudut sisi

KEK PELANGI KUKUS
Bahan-Bahan (Loyang 7x7x3)**guna tupperware aiskrim pun bleh**
 
  • 1 cawan mentega
  •  ¾ cawan gula kastor (kurangkan jd 1/2 cawan aje tp tetap manis)
  •  3 biji telur
  •  ¼ cawan susu pekat
  •  ¼ cawan serikaya
  •  1½ cawan tepung gandum
  •  1 sudu kecil serbuk penaik
  •  1 sudu besar koko
  •  1 sudu kecil vanila
  •  Sedikit pewarna merah jambu,biru,kuning

Cara membuat
-Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
 -Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. Kacau rata dan bubuh tepung gandum            bercampur serbuk penaik
-Bila sebati, bahagikan kepada 3@4. Warnakan berbeza termasuk satu adunan dengan koko.
  -Sudukan selang seli ke dalam mangkuk (aluminium) yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak. Tutup dngn aluminium foil dan kukus selama 1 jam 20 min atau hingga masak.

* Untuk kek lebih lembut, tambah 2-3 sudu besar susu segar/cair.


Macam mana??ok x kek aku..bila dah jadi kek ni memng sedap sngt..berjaya akhirnya ...yyaaahhooo!!
korang mesti cube...peace ;)






Tuesday 7 October 2014

KEK BATIK SIMPLE - buatan sendiri

ASSALAMMUALAIKUM..
Morning ullos!!nak tau pepagi lagi aku dah makan kek batik buatan sendiri..
teramat diriku tak menyangka bahawa penghasilan kek batik sendiri menjadi..nampaknya pasni bleh buat banyak2 lagi...yahooo!!

 Izinkan aku share resepi KEK BATIK SIMPLE ni ;)



Bahan2nyer :
-1/2 buku buttercup
-1 cawan milo
-1 cawan serbuk koko
-1/2 cawan susu pekat manis 
-1/2 cawan air suam
-20 keping biskut MARIE (patah2kan)
**bleh tambah kismis atau badam

Cara2nyer : **masak dengan api yang kecil**
-cairkan butter dlm periuk,setelah cair masukkn susu pekat manis,kacau sebati.
-kemudian masukkn milo & serbuk koko,tambah juga air suam utk kepekatan yang minimum,kacau sebati
-setelah kesemua bahan sebati,masukkn pula biskut marie yg telah dipatahkan kedlm adunan tadi..pastikan kesemua coklat bersalut di biskut marie.
-bleh ditaburkan kismis atau badam utk keenakkn rasa yang menarik .
-setelah siap,tutup api
-akhir sekali masukkn kesemua kek batik yg telah siap dimasak tadi ke dlm bekas spt loyang atau bekas tupperware dialas dgn plastik..padatkan & ratakan..
-simpan dlm peti ais..setelah keras blehlah dipotong & dinikmati bersama keluarga :)




ppewweeeeiitttt!! kek batikku dah siap!!


Monday 6 October 2014

KEK COKLAT MOIST-percubaan pertama ku

ASSALAMMUALAIKUM....
salam ceria pagi hari ni..mood happy hari ni yang mmbuatkn aku secara pantas nak updated aktiviti mlm minggu tempoh hari..
Dengan hari yang berkobar2 ingin tau buat kek sendiri..percaya tak aku x pernah buat kek seumur hidup..??hehe..memng itulah aku..disebbkn sejak akhir2 ni tekak aku nak mkn benda2 manis je cm COKLAT..asyik2 COKLAT..minum pn COKLAT...ngidam ke apa pn x taulah...
Jadi aku pun cariler resepi kek coklat & terbaca resepi kek coklat moist dari Blog NAMEE..TQ tuan punye blog coz share resepi yg awesome tu...weee... ;) nmpk ringkas & bersahaja jek...senang plak nk hafal...tanpa berlengah beli brg &  cube kat umah..
Meh aku share sikit..

BAHAN2 utk kek:


A)-susu full cream 1 kotak kecil
    -1 cwn minyak masak
    -1 cwn gula pasir
    -1 cwn serbuk koko
    -1 cwn susu pekat manis
**adunkan semua bahan hingga sebati dlm periuk dlm api yg sederhana

B)-1 1/4 tepung gandum
    -1 sudu kecil soda bikarbonat
    -1 sudu kecil baking powder
**campur & ayakkan semua bhan supaya tidak berketul dlm bekas

C)-3 biji telur
    -1 sudu kecil esen vanila
**pukul semua bahan hingga sebati




CARA2 memasak:
-campurkan adunan C+A..kacau sebati
-kemudian masukkn adunan B ke C+A..gaul hingga betul2 sebati...pastikan tiada ketul2..
-setelah siap,masukkn semua adunan tadi ke dlm bekas yg sesuai(loyang@tupperware plastik)
-tutup dgn aluminium foil(aku guna tupperware siap ada penutup)utk elakkn wap air masuk dlm kek
-sedia dikukus selama 1jam 20 minit (pastikan air betul2 mendidih dahulu)
-setelah kek masak blehlah curahkan coklat & hias dgn badam@coklat urai berwarna warni
-simpan dlm peti sejuk utk keenakkn berganda....hehe..

 BAHAN utk TOPPING :
-1/2 Susu pekat manis
-1 cawan serbuk koko/coklat masakkn
-1 sudu besar butter
**campurkan semua bahan & dimasak secara double boiler

TARA!!! DAH SIAP KEK COKLAT MOIST AKU..amacam cantik x?

Dengan perasaan yg sngt gembira kek aku jadi sepenuhnya..x sangka rupanya senang je nak buat..korang msti cube..
CHAYOKKK!!







Friday 3 October 2014

HARI RAYA KORBAN DATANG KEMBALI ;)

salam sabtu yang penuh damai...

Hai kawan2! dah balik kmpng halaman ke tuk smbut raya aidiladha ahad nnti??hati2 dijalanraya tau..rancang perjalann anda..

KORBAN..ape itu KORBAN?ramai yg tau korban msti kena sembelih lembu atau kambing kan?tapi sebenarnya maksud korban sebenar banyak hikmahnya..mari aku cerita sikit....


*Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.

*Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

*Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

*Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

*Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.

*Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
*Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Makkah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.


Macam2 erti lain lagi dalam KORBAN...tak kira KORBAN dari segi harta,kehidupan,cita2 & sebagainya..jadi apa yaang telah kwn2 KORBANKAN..???
Macam aku...aku KORBAN sepenuh jiwa raga demi cahayamata tercinta...sedaya upaya menjaga baby dlm kandungan dlm keadaan baik...

OKlah....nmpknya smpi disini saja dulu coretan diri ini..aku nak jugak ucapkan..........
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA...MAAF ZAHIR & BATIN....peace no war ;)

#nakbuatsataylembulah..hehe


Thursday 2 October 2014

SEMAKIN HAMPIR -MY BABY BUMP

ASSALAMMUALAIKUM KAWAN2... SALAM CERIA HENDAKNYA..

 Sejak dah nak msuk bulan oktober ni mulalah aku nervous semacam..maklumlah due aku nak bersalin dah semakin hampir..rasa mcm sekejap je ms berlalu..persiapan utk menanti kelahiran cahayamata dlm 70%..hehe..sekarang dah masuk 35 minggu..

 Jadi,keadaan badan aku semkin  kurang selesa sekarang semua serba tak kena sbb baby semkin mmbesar & banyak pergerakkan..selalu jugak berjaga malam sbb baby dlm perut ni suka sangat bermain2 dlm perut ni..
Walauapapun aku tetap gembira & rasa sngt sweet bila  dpt menyentuh pergerakknnya yg selalu terbojol2 tu..
Banyak jgklah ilmu aku ceduk dari kwn2 yg sudi berkongsi tips2 melhirkan serta pantang larang selps berslin..
AKU BERHARAP DIPERMUDAHKAN WAKTU BERSALIN NANTI..IN SHA ALLAH ;)