Monday 16 March 2015

BOTOL SUSU OH BOTOL SUSU

Assalammualaikum..hai kwn2 semua..sht tak?cuaca panas skrg ni jgn mkn yg bukan2 tau..nnti demam..

hari ni aku nak celoteh pasal botol susu..masa rehat tengahari aku jln2 g kedai baby sbb nk beli puting baru..Pastu terfikir bosan dgn botol susu anak aku yg sekrg ni..sblum ni beli botol susu brang CUDDLE jek sbb ia comel & memikat kalbu..bila dh lama guna botol susu dh tak secomel mula2 beli sbb dh bertukar wrna sikit..jadi aku pn mmbelek2 botol susu dipasaran..

Macam2 jenis botol susu ada mmbuatkan terujaan melanda diriku..keliru & pening tak tau nak pilih mana satu..padahal saja je baru nak survey2 & cuci2 mata..huhu..nak dijadikan cerita mula2 dulu memng minat dgn botol terhot masa kini iaitu botol susu jenama AVENT.
Harga bleh tahan jugak..tapi itu tak jadi masalah klu dh minat sngt..cume aku rs mcm tak best plak sbb dh ramai sngt org guna produk botol susu jenama ni..jadi aku beralaih arah tgk botol susu lain..

Tetiba lihat botol susu jenama TOMEE TIPPEE..reka bentuk menarik minatku..sbb nmpk cm ramping ditgh2nya..
Harganya pulak murah sikit dari AVENT..ada pilihan warna plak tu..memng menarik..tapi bila aku research tntng botol ni ada yg kata putingnya keras sikit..mulalah perasaan aku hambar...

Jadi mulakan pencarian lagi..terlihat pula botol PIGEON..teringat puting kopek jenama ni yg aku belikan utk anak aku..
Harganya lebih kurang sama dengan TOMEE TIPPEE..designnya agak bosan sikit..tapi ada yg kata puting susu lembut sngt & sesuai utk baby..serta tak mudah meleleh keluar..

Jadi skrg aku jadi keliru..mana satu nak beli ni??agak2 si baby Ejul suka tak dgn botol susu baru??

Monday 9 March 2015

KARIPAP OH KARIPAP

Assalammualaikum w.b.t..

hai uolls!!korang tgh wat pe tu?sht tak??harap semuanya ceria sellu ye..

Oklah..pada entry kali ni aku nak kongsikan resepi karipap main belasah je..huhu..
al-kisahnya,sang suamiku mengidam plak nak mkn KARIPAP..jadi dia suruh aku buat..ALAMAK!! seumur hidup tak pernah buat karipap..tau mkn jelah.. :P

Jadi, demi kasihku & tak nak mnghampakan keinginn sang suami aku pn bersetuju nak bt..mulalah aku google cari resepi buat kuih karipap ni..YESSS!! akhirnya jumpa jgk resepinya..jom mulakan!!

RESEPI KUIH KARIPAP

bahan :(utk kulit karipap)
-1/2 kg tepung gandum
-1/2 cawan minyak (dipanaskan)
-3 sudu besar mentega (dipanaskan)
-1 cawan air suam
-1 sudu kecil garam
-air biasa secukupnya

cara2:
-tuangkan minyak masak & mentega yang telah dipanaskn..gaul rata..kemudian tuangkan air suam yg telah dimasukkan garam,gaul rata lagi..tuangkan lagi air secukupnya hingga doh menjadi lembut..
-buat bulat2 & ratakan doh utk diisi inti kedlmmnya.

bahan :( utk inti karipap)
-6 biji kentang (dipotong dadu)
-1 biji bawang besar (dipotong dadu)
-2 ulas bawang putih (dihiris halus)
-2 biji bawang merah (dihiris halus)
-sedikit ikan bilis / udang kering (ditumbuk lumat)
-sepeket rempah kari daging
-sedikit daun sup
-air secukupnya
-minyak masak
-garam & gula (secukup rasa)

cara2 :
-panaskan minyak,kemudian tumis bawang besar,bawang putih,bawang merah & ikan bilis.
-kemudian masukkan rempah kari yg telah dicairkan,kacau hingga kari masak
-masukkn sedikit garam & gula secukup rasa,
-masukkan pula kentang yg telah siap dipotong dadu,kacau sebati,masukkan pula daun sup.
-tuangkan sedikit air supaya tidak kering..kacau lagi..
-tunggu hingga kentang empuk


Tadaa!!inilah hasilnya..#siap bawak bekal lagi

Pertama kali buat nasib mnjadi..sang suami teruja..dia berpuas hati dgn penghasilan KARIPAP air tangan aku..bnyak dia makan..tak sangka sedap gak..huhu :)
Jadi,lain kali nak letak inti lain lah plak..korang blehlah cube jugk buat..
ok byeee..





Monday 2 March 2015

SUKAN VS KASUT

ASSALAMMUALAIKUM..

hai uolls!! sht tak?cuaca panas mcm ni jaga kesihatan tau..lebih2 lagi br leps musim cuti tahun baru cina..pasti ramai yg bedal limau bnayk2..akhirnya sakit tekak melanda diri..mujurlah aku x pengemar limau..tentu terjebak sakit tekak sekali..hehe..

oklah,kali ni aku nak bercerita tentang kasut sukan.Tetiba terdetik dihati ini nak cerita kisah ni..maklumlah sejak akhir2 ni..suamiku mula berjinak2 nak main badminton..setelah ajakan demi ajakan kawan2 ditambah pula mmpunyai reket baru barulah mmbuak2 perasaan nak badminton ni...
tapi sayangnya tiada kasut yang sesuai nak digunakan utk beraksi..akhirnya hanya pakai selipar saja..huhu.. :P

klu nak tau,salah sebenarnya jika kita tak ambil peduli tentang kasut sukan ni..ia boleh mngalakkan kecederaan kelak..jadi mari kita kongsi sedikit ilmu tentang kasut sukan..nnti bleh beli kasut sukan yang tepat..ye tak??

Panduan pilih kasut sukan
MEMILIH kasut sukan antara saat paling sukar untuk seseorang yang cerewet. Yang menghairankan, walaupun cerewet, pilihan yang dibuat masih tidak tepat. Mungkin terlalu banyak pilihan menjadi faktor kekeliruan itu. Apa pun yang pasti, ia berpunca daripada kecetekan ilmu mengenai penggunaan kasut mengikut teknologi rekaan.

Ahli biomekanik, bidang ilmu yang mempelajari perubahan posisi tubuh ketika bergerak ada menjalankan kajian dalam pemilihan kasut dan kajian itu boleh dijadikan panduan lengkap bagi individu memilih kasut paling sesuai mengikut ciri tubuh mereka.

Berikut adalah panduan memilih kasut untuk bersenam:

1. Beli kasut baru ketika hari menjelang petang. Jika waktu itu anda berhajat hendak membeli-belah, gunakan saat akhir sebelum pulang ke rumah untuk singgah ke kedai kasut kerana otot di kaki waktu itu sedang mengembang sehingga membentuk keadaan fizikal kaki mirip dengan keadaan otot yang berkontraksi ketika berolahraga.

2. Sarungkan kedua-dua kasut pada kaki, pastikan keseluruhan kasut tidak terasa ketat. Berjalan, melompat dan membongkok ketika mencuba kasut baru bagi menilai sama ada ia boleh memberi keselesaan pada kaki anda.

3. Pilih kasut senaman baru yang tidak 'menggigit' bahagian ibu jari kaki kerana dengan harga kasut olahraga yang kini kebanyakannya mencecah ratusan ringgit, ia akan merugikan anda jika tidak dapat dimanfaatkan sebaiknya.

4. Pilih kasut senaman mengikut kesesuaian jenis olahraga. Jenis kasut yang menutup permukaan kaki sesuai digunakan untuk sukan jenis aerobik misalnya badminton dan tenis. Sukan jenis ini boleh mengundang risiko kecederaan pada jari dan otot pergelangan kaki akibat bebanan yang bertumpu pada tumit ketika berolahraga.

Jangan lupa, pilih kasut olahraga yang mempunyai kusyen tebal dan ringan untuk mengurangkan risiko kecederaan. Bagaimanapun, jika anda mencari kasut yang sesuai digunakan untuk senaman jalan kaki dan joging, kasut berkusyen tebal digalakkan.


contoh2 kasut sukan :