Tuesday, 7 October 2014

KEK BATIK SIMPLE - buatan sendiri

ASSALAMMUALAIKUM..
Morning ullos!!nak tau pepagi lagi aku dah makan kek batik buatan sendiri..
teramat diriku tak menyangka bahawa penghasilan kek batik sendiri menjadi..nampaknya pasni bleh buat banyak2 lagi...yahooo!!

 Izinkan aku share resepi KEK BATIK SIMPLE ni ;)



Bahan2nyer :
-1/2 buku buttercup
-1 cawan milo
-1 cawan serbuk koko
-1/2 cawan susu pekat manis 
-1/2 cawan air suam
-20 keping biskut MARIE (patah2kan)
**bleh tambah kismis atau badam

Cara2nyer : **masak dengan api yang kecil**
-cairkan butter dlm periuk,setelah cair masukkn susu pekat manis,kacau sebati.
-kemudian masukkn milo & serbuk koko,tambah juga air suam utk kepekatan yang minimum,kacau sebati
-setelah kesemua bahan sebati,masukkn pula biskut marie yg telah dipatahkan kedlm adunan tadi..pastikan kesemua coklat bersalut di biskut marie.
-bleh ditaburkan kismis atau badam utk keenakkn rasa yang menarik .
-setelah siap,tutup api
-akhir sekali masukkn kesemua kek batik yg telah siap dimasak tadi ke dlm bekas spt loyang atau bekas tupperware dialas dgn plastik..padatkan & ratakan..
-simpan dlm peti ais..setelah keras blehlah dipotong & dinikmati bersama keluarga :)




ppewweeeeiitttt!! kek batikku dah siap!!


Monday, 6 October 2014

KEK COKLAT MOIST-percubaan pertama ku

ASSALAMMUALAIKUM....
salam ceria pagi hari ni..mood happy hari ni yang mmbuatkn aku secara pantas nak updated aktiviti mlm minggu tempoh hari..
Dengan hari yang berkobar2 ingin tau buat kek sendiri..percaya tak aku x pernah buat kek seumur hidup..??hehe..memng itulah aku..disebbkn sejak akhir2 ni tekak aku nak mkn benda2 manis je cm COKLAT..asyik2 COKLAT..minum pn COKLAT...ngidam ke apa pn x taulah...
Jadi aku pun cariler resepi kek coklat & terbaca resepi kek coklat moist dari Blog NAMEE..TQ tuan punye blog coz share resepi yg awesome tu...weee... ;) nmpk ringkas & bersahaja jek...senang plak nk hafal...tanpa berlengah beli brg &  cube kat umah..
Meh aku share sikit..

BAHAN2 utk kek:


A)-susu full cream 1 kotak kecil
    -1 cwn minyak masak
    -1 cwn gula pasir
    -1 cwn serbuk koko
    -1 cwn susu pekat manis
**adunkan semua bahan hingga sebati dlm periuk dlm api yg sederhana

B)-1 1/4 tepung gandum
    -1 sudu kecil soda bikarbonat
    -1 sudu kecil baking powder
**campur & ayakkan semua bhan supaya tidak berketul dlm bekas

C)-3 biji telur
    -1 sudu kecil esen vanila
**pukul semua bahan hingga sebati




CARA2 memasak:
-campurkan adunan C+A..kacau sebati
-kemudian masukkn adunan B ke C+A..gaul hingga betul2 sebati...pastikan tiada ketul2..
-setelah siap,masukkn semua adunan tadi ke dlm bekas yg sesuai(loyang@tupperware plastik)
-tutup dgn aluminium foil(aku guna tupperware siap ada penutup)utk elakkn wap air masuk dlm kek
-sedia dikukus selama 1jam 20 minit (pastikan air betul2 mendidih dahulu)
-setelah kek masak blehlah curahkan coklat & hias dgn badam@coklat urai berwarna warni
-simpan dlm peti sejuk utk keenakkn berganda....hehe..

 BAHAN utk TOPPING :
-1/2 Susu pekat manis
-1 cawan serbuk koko/coklat masakkn
-1 sudu besar butter
**campurkan semua bahan & dimasak secara double boiler

TARA!!! DAH SIAP KEK COKLAT MOIST AKU..amacam cantik x?

Dengan perasaan yg sngt gembira kek aku jadi sepenuhnya..x sangka rupanya senang je nak buat..korang msti cube..
CHAYOKKK!!







Friday, 3 October 2014

HARI RAYA KORBAN DATANG KEMBALI ;)

salam sabtu yang penuh damai...

Hai kawan2! dah balik kmpng halaman ke tuk smbut raya aidiladha ahad nnti??hati2 dijalanraya tau..rancang perjalann anda..

KORBAN..ape itu KORBAN?ramai yg tau korban msti kena sembelih lembu atau kambing kan?tapi sebenarnya maksud korban sebenar banyak hikmahnya..mari aku cerita sikit....


*Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.

*Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

*Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

*Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

*Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.

*Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
*Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Makkah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.


Macam2 erti lain lagi dalam KORBAN...tak kira KORBAN dari segi harta,kehidupan,cita2 & sebagainya..jadi apa yaang telah kwn2 KORBANKAN..???
Macam aku...aku KORBAN sepenuh jiwa raga demi cahayamata tercinta...sedaya upaya menjaga baby dlm kandungan dlm keadaan baik...

OKlah....nmpknya smpi disini saja dulu coretan diri ini..aku nak jugak ucapkan..........
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA...MAAF ZAHIR & BATIN....peace no war ;)

#nakbuatsataylembulah..hehe


Thursday, 2 October 2014

SEMAKIN HAMPIR -MY BABY BUMP

ASSALAMMUALAIKUM KAWAN2... SALAM CERIA HENDAKNYA..

 Sejak dah nak msuk bulan oktober ni mulalah aku nervous semacam..maklumlah due aku nak bersalin dah semakin hampir..rasa mcm sekejap je ms berlalu..persiapan utk menanti kelahiran cahayamata dlm 70%..hehe..sekarang dah masuk 35 minggu..

 Jadi,keadaan badan aku semkin  kurang selesa sekarang semua serba tak kena sbb baby semkin mmbesar & banyak pergerakkan..selalu jugak berjaga malam sbb baby dlm perut ni suka sangat bermain2 dlm perut ni..
Walauapapun aku tetap gembira & rasa sngt sweet bila  dpt menyentuh pergerakknnya yg selalu terbojol2 tu..
Banyak jgklah ilmu aku ceduk dari kwn2 yg sudi berkongsi tips2 melhirkan serta pantang larang selps berslin..
AKU BERHARAP DIPERMUDAHKAN WAKTU BERSALIN NANTI..IN SHA ALLAH ;)


Thursday, 4 September 2014

LABOOM BAND A.K.A RUBBER BAND vs GELANG GETAH

Salam ullos semua..
srry dh lama x tulis entry kt blog ni..mklum bila dh nak jadi ibu2 ni agk rasa penat sikit+mood yg tak menentu..

Kali ni aku nak bercerita tentang gelang getah kegilaaan rmai remaja sekarang..sana sini asyik gelang getah je..dulu2 pn ada fenomena cm ni tapi lebih kepala tali tangsi(tali pancing ikan) dibuat gelang,cincin & rantai..memng terasa gorjes lah waktu tu..siap buat side income lagi kat sekolah..

Gelang getah yang aku maksudkan ni iaitu getah getah yg sellu bt ikat rambut@bt ikat ape je benda..paling famous bt tokey kedai mkn ler..biasanya ada dua wrna je merah& kuning..bentuknya pn besar..tapi Laboom band ni kecil je & mempunyai pelbagai warna yang menarik..


gelang getah waktu zaman aku bt main ZERO FINE..seronok woo!!..sape plig tinggi lepas dh kira paling terror lah tu..




Hahhh!! nilah dia LABOOM BAND a.k.a RUBBER BAND
comel tak?

Tapi paling mengejutkan bila ada berita mengatakan penggunaan Laboom band ni merbahaya kerana diperbuat dri bahan PHTHALATES yg tinggi..tak sesuai bt kanak2 jika termakn..jika pakai terlalu ketat bleh memudaratkan kulit seseorng secara tidak lansung bleh PUTUS...errgghhhhh!! takutnya!!

Oklah disini aku terangkan asal usul LABOOM BAND ni..
Produk Rainbow Loom laris sejak diasaskan pada tahun 2011. -Facebook/Loom Bands

Loom band dicipta tiga tahun lalu oleh Ng Cheong Choon, 45, yang dilahirkan di Malaysia yang kini menetap di Detroit, Amerika Syarikat.

Sejak itu, syarikatnya, Rainbow Loom, telah menjual lebih daripada empat juta unit di seluruh dunia.

Loom band pernah dilihat di lengan selebriti seperti David Beckham, Miley Cirus, Harry Styles dan Duke dan Duchess of Cambridge.

10 perkara anda perlu tahu tentang Loom Band:

1. Pengasas: Cheong Choon Ng, rakyat Malaysia yang kini menetap di Detroit, Amerika Syarikat
2. Nama Syarikat: Rainbow Loom
3. Diasaskan pada tahun 2011
4. Kit Rainbow Loom mengandungi ‘pegboard’, cangkuk Rainbow Loom, klip berbetuk C dan 600 getah aneka warna
5. Lebih daripada 4 juta unit telah dijual sejak ia dilancarkan
6. Ng memulakan sebuah laman web dan menerbitkan video untuk mengajar cara untuk menggunakan kit Rainbow Loom yang menampilkan anak-anak perempuan dan anak saudara beliau.
7. Learning Express Toys, peruncit mainan yang berpangkalan di Massachusetts, adalah kedai pertama yang menjual Rainbow Loom
8. Setiap kit berharga $15 hingga $17 (kira-kira RM50-RM55)
9. Duchess of Cambridge dilihat memakai Rainbow Loom semasa lawatan beliau ke New Zealand pada tahun 2014. Selebriti lain yang pernah memakai Rainbow Loom: Harry Styles, Miley Cyrus, dan David Beckham.
10. Pada tahun 2013, ia menjadi mainan yang paling dicari menggunakan enjin carian Google.

Jadi tepuk dada..tanya selera....PEACE!!





Thursday, 7 August 2014

CERITA RAYA 2014 AKU

Salam lebaran kwn2..
tentu ramai yag dh senak perut & posing ala maut hari raya tempohari..termasuk akulah tu x ketinggalan berselfie x hinggat dunia..haha..

Raya tahun ni aku beraya di umah MERTUA buat pertama kalinya..macam2 rasa ada sebelum nak berangkat ke sana....tetiba rasa best plak sbb my husbnd FAMILY BESAR..jadi riuh rendahlah umah tu dek semua balik kampung...

Malam raya kitaorg beramai hias rumah,masukkn kuih dlm balang,borak2 & melayan ank2 buah bermain bunga api..terasa kelainan sedikit...maklumlah family kecil je..bila bercampur dgn family adik beradik husband yg ramai nampak meriah & gembira.

Tiba masa raya pertama,kami semua beraya umah sedara mara sambil marhaban yg diiringi oleh BAPAK MERTUA KU..memng terasa keberkatannya..Dua hari berturut2 smpai tgh malam beraya sakan..nasib baik MY BABY BUMB rilek2 je kt dlm perut ni..hehe.. ;)
Raya ke-3 pulak masing2 dh blik umh sendiri beraya....tema umah aku hijau..rumah pun cCAT HIJAU EPAL tau....kelas gitu!!

Oklah,tanpa mmbuang masa aku selitkan sedikit kemeriahan raya kami...peace!!
~~SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ~~
~~MAAF ZAHIR & BATIN~~

DI RUMAH BAPAK MERTUA





DI RUMAH KU SYURGAKU





Thursday, 17 July 2014

D.I.Y MEMANIK RAYA...

Salam ullos!!pose x?hehe..pose tinggl minggu depn je ullos..tentu korang bnyk brg korang dh beli..mesti dh bnyk bt persiapn raya ye x?Tak kurang juga yg bagi juadah berbuka pada jiran tetangga.Macam aku msih blum siap ape2 lagi...sob..sob..sob.. :'(
yelah gaji thun ni bt betulkn kete jadi mood raya bertukar hampa..cume bju dpt beli baju sehelai jek..nasib baik gorjes ala2 princess kwn2..rasa2 nya nk but D.I.Y manik2 kt bju biar yadi lebih vogue gitu..haha..

Tema warna tahun ni hijau..tapi kali ni beraya kat umah mertua jadi ikut tema diaorang kat sna PINK colour..si jejaka (my husband) dh beli baju melayu & pilihan warna hati adlah PINK BELACAN a.k.a DUSTY PINK..sbb katanya klu pki PINK terang x nampk diri MACHO..hohohoho..nasib cntik gak colour tu..tapi yang maslhnya skrg colour tu utk ladies sush nk cri..emmmm..nasib ms belek2 baju kat bpmll ada pink soft..kira masuk jgk lah kan..nak dijadikan cerita terdetik dihati sanubari ini nak memanikkn baju tu..jadi diri ni dh pun beli manik2 & bunga2 cinta utk jahit di baju tu nnti..weee..tak lupa jgk baju melayu si jejaka aku nak kerjakan letak memanik gak..jaga2..

Jadi..tunggu hasil perkongsian manik setelah siap ye.TTUUNNGGUUUUUUUUUUUU.........!!!!!

~~~PEACE NO WAR~~~